Zul Ariffin Rancang Kahwin Tahun Depan, Perancangan Sudah 70%
Pelakon Zul Ariffin merancang untuk berkahwin dengan wanita pilihannya tahun hadapan. Telah melalui pelbagai perkara dalam kehidupannya, Zul mahu bercinta selepas bernikah.
Harapnya saya dapat kongsikan kepada anda semua yang saya bakal berkahwin pada tahun hadapan. Umur saya semakin meningkat dan saya semakin matang, saya hanya mahu membuatkan sesuatu hubungan itu halal dan terus berkahwin, itu sahaja.
Bercinta selepas bernikah, itulah yang sepatutnya terjadi. Saya percaya mengenai perkara itu. Saya dah melalui banyak perkara dan beberapa hubungan. Saya tak menyesal, tiada apa yang mahu disesalkan. Saya gembira.
Pengalaman yang lalu membentuk saya. Saya hanya mahu berkahwin sahaja. Saya mahu jadi terbaik, mahu berkahwin, harapnya tahun hadapan. Perancangan ke arah itu sudah melebihi 70 peratus. Jika ada berita baik yang mahu saya cerita, pastinya saya akan kongsikan.
Bakal isteri wanita bukan muslim
Enggan mendedahkan identiti individu bertuah itu, Zul hanya memberitahu yang bakal isterinya merupakan seorang wanita bukan muslim yang sedang dalam proses mempelajari agama Islam.
Saya tak nak menukar agama seseorang itu hanya kerana ingin bersama semata-mata atau hanya disebabkan perkahwinan, itu adalah perkara yang tidak baik. Biarlah dia mengambil masa untuk mengenali agama Islam.
Sebelum ini, Zul dikaitkan dengan seorang wanita daripada Ukraine yang dikenali sebagai Tanya Glembotska. Bagaimanapun Zul tidak pernah mengiyakan mahupun menafikan hubungan cinta dengan wanita tersebut.
Sumber: Astro Gempak