Pencari Ketam Terkejut Jumpa Mayat Tanpa Kepala
Seorang pencari ketam terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan mereput dengan kepala dan jasadnya terpisah di kawasan paya bakau di Kukup, Pontian petang Jumaat lalu.
Dalam kejadian pada pukul 4 petang itu, mayat tersebut ketika ditemui masih tergantung dengan tali terikat pada dahan kayu manakala badannya terapung di permukaan air.
Mayat dipercayai warga tempatan
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, mayat lelaki yang ditemui itu dipercayai warga tempatan berusia dalam lingkungan 40-an.
Mayat seorang lelaki dipercayai warga tempatan berusia dalam lingkungan 40-an ditemui terikat pada dahan kayu oleh pencari ketam.
Sepasukan polis dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima laporan penemuan mayat berkenaan sebelum mayat dihantar ke Hospital Pontian untuk bedah siasat.
Mustafa berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa dipercayai mati akibat lemas selepas terjerut.
Sumber: K! Online