Kucing Sesat Ikut Mendaki Ke Puncak Gunung
Dua orang pendaki terkejut selepas menyedari mereka telah diekori oleh seekor kucing yang sesat sehingga ke puncak gunung setinggi 10,000 kaki.
Cyril dan Erik Rohrer sedang menempuhi salji tebal di Gunung Bristen di Switzerland ketika mereka terdengar kucing mengiau disebalik sebatang pokok.
Haiwan peliharaan itu telah berjalan jauh dari tempat tinggalnya dan berakhir di lereng gunung, dan kerana dia tidak mahu bersendirian, dia telah mengekori pendaki hingga ke puncak.
Ekori pendaki lain sebelum itu
Pendaki tersebut kemudiannya mengetahui bahawa kucing itu telah hilang dari rumahnya di sebuah bandar berdekatan dan telah mengekori pendaki-pendaki yang lain sebelum ini.
Kumpulan pendaki lain turut membawa kucing tu kembali ke lembah dan menyatukannya semula dengan pemiliknya.
Menurut Cyril, Bristen adalah salah satu Skitour terpanjang di kawasan itu.
Pada jam 4.30 pagi, sekitar 1200 meter, kami terdengar kucing mengiau di dalam hutan. Ekspresi mukanya menunjukkan dia sangat takut dan bingung.
Hilang selama empat hari
Cyril dan rakan meneruskan pendakian dan kucing itu turut mengekorinya sehingga ke 3000 kaki atas paras laut.
Kucing itu mula menggigil dan tapak kakinya mulai berdarah. Kadang-kala kami bergilir mengangkat dan membawanya ketika dia terlalu letih untuk mendaki sendiri.
Cyril dan Erik kemudian bertembung dengan kumpulan pendaki lain di puncak dan mereka telah membawa kucing itu kembali ke lembah.
Mereka kemudian mendapati kucing itu telah hilang selama empat hari dan telah mengekori kumpulan pendaki lain sejak dua hari lalu.
Sumber: Metro UK