Wanita Jamaica Jadi Kidal, Cakap Loghat British Selepas Koma
Deana-Rae Clayton, tinggal di Montego Bay, terjaga dari koma dan mendapati dirinya bercakap dengan loghat British walaupun dia tidak pernah mengunjungi United Kingdom dalam hidupnya.
Deana yang juga merupakan seorang ahli perniagaan, terselamat dalam nahas ngeri yang telah meragut nyawa rakannya.
Dia yang sebelum ini menulis dengan tangan kanan, telah menjadi kidal selepas kemalangan tersebut.
Loghat British sesuai dengannya
Dua hari selepas kemalangan di St James, Deana, vlogger yang berusia 33 tahun, mengatakan bukan sahaja dia tidak dapat bercakap patois, loghat Jamaica, malah dia tidak memahami bahasa ibundanya ketika orang bercakap dengannya.
Dalam kepala saya, saya bercakap patois tetapi apa yang keluar dari mulut saya terdengar loghat British.
Deana-Rae mengambil masa yang agak lama untuk membiasakan dirinya tetapi kini dia menyukainya dan semua orang mengatakan loghat baru itu sesuai dengannya.
Saya juga kidal. Saya hanya menggunakan tangan kanan untuk menulis tapi kini saya boleh menggunakan kedua-duanya.
Turut kehilangan ingatan
Doktor mengatakan Deana-Rae menderita dari foreign accent syndrome di mana seseorang bercakap dengan loghat yang berbeza setelah mengalami strok atau kecederaan otak traumatik.
Deana-Rae, yang kini turut kehilangan ingatan, mengalami pembengkakan pada otak yang telah mempengaruhi otak kecilnya, bahagian yang digunakan untuk ucapan dan pergerakan.
Dia juga buta di mata kanannya dan mengalami pelbagai kecederaan dalam nahas yang mengerikan pada bulan Jun tahun lalu yang membunuh rakannya.
Deana-Rae mengalami cacat fizikal akibat patah pinggul kanan, pelvis dan paha kiri sehingga dia tidak dapat berjalan.
Hidup saya benar-benar berubah selama-lamanya.
Deana-Rae, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif British Bionic Babe dan pemilik British Bionic Inc, Group of Companies, telah membuat laman YouTube untuk memberitahu orang tentang kisahnya.
Saya ingin orang tahu tentang trauma saya dan apa yang saya lalui.
Sumber: Mirror, YouTube Deana-Rae