Penunggang Motosikal Maut Terlanggar Kucing
Seorang pembantu kedai makan maut selepas motosikal ditunggangnya terlanggar seekor kucing yang melintas jalan di Jalan Sultan Abdul Halim berdekatan Pejabat Daerah Baling, malam tadi.
Siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal dari arah Pekan Baling menghala ke bulatan Sultan Abdul Halim Baling kira-kira jam 12 malam.
Apabila sampai di tempat kejadian mangsa dipercayai terlanggar kucing melintas jalan lalu hilang kawalan dan terbabas melanggar pasu bunga di atas batu pembahagi jalan di tengah laluan.
Kucing dilanggar turut mati
Mangsa dikatakan terjatuh di atas jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Kucing yang dilanggar juga telah mati serta-merta di lokasi yang sama.
Mangsa dikenali sebagai Mohamad Azam Wahab, 27, dari Kampung Lorong Selamat Guar Chempedak, Gurun.
Sumber: Metro Online, FB Persatuan Haiwan Malaysia