1.2 Meter Ular Dikeluarkan Dari Kerongkong Wanita
Seekor ular sepanjang 1.2 meter ditarik keluar dari mulut seorang wanita oleh sepasukan pakar bedah telah membuatkan doktor terjerit melihat situasi tersebut.
Insiden itu yang turut dirakam berlaku di Rusia baru-baru ini.
Video perubatan yang mengerikan itu menunjukkan doktor mengeluarkan seekor ular sepanjang 4 kaki dari mulut seorang wanita Rusia.
Laporan tempatan melaporkan haiwan bersisik itu dikatakan meluncur ke dalam mulut wanita tersebut ketika dia sedang tidur di halaman rumahnya di perkampungan Levashi, Dagestan.
Tiada maklumat ular masih hidup atau tidak
Wanita muda yang mula menunjukkan tanda tidak sihat itu dikejarkan ke hospital dan diberikan ubat bius.
Pakar bedah memasukkan endoskopi untuk melihat masalah yang dihadapinya.
Satu rakaman video menunjukkan sarung tangan doktor lelaki mengeluarkan seekor ular setelah memasukkan tiub ke dalam kerongkong pesakit.
Mari kita lihat apa ini.
Seorang pakar perubatan wanita menarik keluar ular tersebut dan terlompat ke belakang manakala yang lain tersentak ketakutan sebaik sahaja melihat saiz sebenar ular berkenaan yang keluar dari badan pesakit.
Tiada maklumat dikongsi sama ada ular itu masih hidup ataupun berapa lama ia berada di dalam badan wanita tersebut.
Sumber: Daily Star