[Video] Cristiano Ronaldo, Tolong Pakai Pelitup Muka!
Ya, anda Cristiano!
Cristiano Ronaldo juga tidak terlepas dari ditegur kerana tidak memakai pelitup muka di dalam stadium ketika menyaksikan perlawanan bola sepak Portugal mengalahkan Croatia baru-baru ini 4-1 di Porto.
Sama ada anda seorang superstar global atau tidak, anda masih harus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan untuk mengurangkan jangkitan Covid-19.
Ditegur pegawai kesihatan
Kapten Portugal itu diberi peringatan tegas pada Sabtu lalu sambil menyaksikan pasukan negaranya berlawan dalam stadium yang lengang.
Semasa perlawanan berlangsung, pemain berusia 35 tahun itu kelihatan agak terkejut ketika seorang pegawai kesihatan wanita mendekati untuk memberitahunya supaya mengenakan pelitup muka.
Setelah beberapa saat, barulah Ronaldo memakai pelitup mukanya.
Jangkitan pada jari kaki kanan
Ronaldo mengalami jangkitan pada jari kaki kanannya dan turut akan terlepas perlawanan menentang Sweeden pada hari Selasa.
Pengurus Fernando Santos tidak yakin bahawa Ronaldo akan seratus peratus sembuh untuk bermain kerana jangkitan daripada sengatan lebah.
Dia berlatih dengan baik, kemudian tiba-tiba pada hari Rabu salah satu jari kakinya berwarna merah, seolah-olah dia disengat lebah.
Dengan adanya jangkitan, anda tidak tahu berapa lama tempoh masa pemulihan. Kita mesti tunggu.
Ketinggalan kedua-dua perlawanan itu menimbulkan kekecewaan besar bagi Ronaldo kerana dia harus terus bersabar dalam usaha untuk mencapai gol antarabangsanya yang ke 100.
Sumber: Mail Online, Twitter ESPN