7 Kilogram Bebola Rambut Dalam Perut Remaja
Seorang doktor terkejut setelah mendapati sebiji bebola rambut seberat 7kg di dalam perut seorang remaja.
Bola rambut yang besar itu dikeluarkan dari perut remaja perempuan berusia 17 tahun di Jharkhand, timur India.
Menurut laporan tempatan, sepasukan doktor yang diketuai oleh Dr GN Sahu mengoperasikan sesi pembedahan terhadap remaja, Sweety Kumari di sebuah hospital swasta di Bokaro pada 31 Ogos lalu.
Pembedahan tersebut berlangsung selama enam jam.
Rakaman video menunjukkan sekumpulan doktor melakukan pembedahan terhadap gadis itu dan berusaha mengeluarkan bebola rambut yang terjerat di perutnya.
Kunyah rambut sendiri beberapa tahun
Dr Sahu mengatakan bahawa ini adalah pertama kali dalam kerjayanya selama 40 tahun dia menyaksikan rambut yang banyak terkumpul di bahagian perut.
Hampir tiga tahun yang lalu, remaja tersebut disyaki mempunyai tumor di perutnya setelah menjalani pemeriksaan ultrasound.
Doktor ada menyebut gadis itu mempunyai tabiat yang pelik iaitu mengunyah rambutnya sendiri selama beberapa tahun.
Ini telah menyebabkan rambutnya berkumpul di dalam perut dan membentuk gumpalan bagi orang yang biasa mengunyah dan menelan rambut.
Sumber mengatakan Kumari berada dalam keadaan stabil dan akan dibebaskan dari hospital namun masih dalam pemerhatian.
Sumber: Daily Star