Ukraine Bertukar Jadi Gelanggang Ais
Pada bulan Disember, dengan suhu purata antara -4.6°C dan 0°C, penduduk Ukraine sudah biasa dengan bergerak di atas ais dan salji.
Namun begitu, ia menimbulkan masalah bagi hampir semua orang dan menjadi sangat rumit untuk berjalan di atas permukaan yang licin.
Beberapa klip telah dikongsi di media sosial menunjukkan percubaan pelbagai penduduk untuk mengatasi masalah berjalan di atas ais.
Ada yang memilih untuk meluncur hanya dengan menggunakan kasut mereka sebagai pengganti kepada papan luncur ais.
Ramai juga yang menggunakan tiang lampu dan juga susur pagar sebagai keselamatan daripada terjatuh, meskipun tidak berlaku kecelakaan.
Tak boleh ketawa
Kelihatan beberapa pejalan kaki berusaha untuk sampai dengan secepat mungkin dengan berjoging sambil berusaha mengawal badan agar sentiasa tegak.
Ada sebuah klip menunjukkan seorang wanita berusaha sedaya upaya untuk memanjat ais.
Pada satu ketika, dia cuba merangkak dan berusaha untuk berdiri, namun usahanya sia-sia apabila dia terjatuh semula.
Ramai yang memberi komen setelah melihat klip-klip tersebut.
Tidak boleh ketawa….bukankah mereka terseksa di sana?
Hujan yang turun membeku
Keadaan yang sangat sejuk disebabkan oleh fenomena yang dikenali sebagai ‘hujan beku’ telah menyebabkan kekacauan di Ukraine pada hari Khamis hingga ke Jumaat.
Hujan yang turun telah membeku sebaik sahaja mengenai permukaan jalan dan menjadikan seluruh bandar bertukar menjadi gelanggang ais.
Di ibu negara, Kiev, pengangkutan awam dan penerbangan terpaksa ditangguhkan sementara terdapat laporan tentang beberapa kemalangan kereta di lebuh raya.
Sumber: Metro UK