Demi Anak, Bapa Sanggup Buat Tatu Serupa Tanda Lahir
Seorang bapa mengambil inisiatif membuat tatu di dada dengan warna dan bentuk yang sama seperti tanda lahir anak lelakinya yang berusia lapan tahun untuk membantu anak muda itu merasa lebih yakin.
Derek Prue Sr dari Stony Plain di Alberta, Kanada menghabiskan masa 30 jam dengan memakai ink berwarna ungu di sebelah kiri tubuh badannya setelah menyedari anaknya Derek Jr tidak suka menanggalkan bajunya untuk berenang.
Saya tau dia tidak selesa, dan itu telah membuat saya ingin melakukannya supaya dia tidak menjadi satu-satunya.
Pemilik kedai tatu terharu
Pemilik kedai tatu Tony Gilbert yang mewarnakan tatu tersebut terharu mendengar alasan di sebalik rancangan Derek Sr itu.
Saya rasa ia sungguh luar biasa bila dapat menenangkan anak lelaki anda seperti itu.
Ia turut dapat mengubah perasaan budak lelaki itu terhadap dirinya sendiri.
Tidak sedikitpun menyesal
Meskipun agak menyakitkan kerana bapa tersebut terpaksa menjalani beberapa sesi tatu selama lapan minggu untuk meniru tanda lahir anaknya, dia terkejut dengan jumlah kerja yang diperlukan untuk menghasilkan ‘tanda’ itu.
Namun begitu, Derek Sr tidak sedikitpun menyesal.
Ia adalah proses yang panjang untuk melakukannya. Saya fikir ia akan jadi, seperti, beberapa jam sahaja…
Sekarang kami mempunyai tanda yang sama untuk hidup.
Sumber: Metro UK