Ujian Swab Dubur Coronavirus Kini Wajib Bagi Pelancong di China
Bagi sesiapa sahaja yang tiba di China, kini wajib melakukan ujian swab koronavirus melalui dubur meskipun ada bantahan dari kerajaan luar.
Ujian ‘memalukan’ itu memerlukan kemasukan kain kapas 3 hingga 5 sentimeter (1.2 hingga 2.0 inci) ke dalam dubur dan memutarnya dengan perlahan.
Beijing mendakwa ia adalah cara yang lebih efektif untuk mengesan Covid, tetapi pengkritik mengatakan bahawa ia telah menyebabkan orang menderita kerana ‘tekanan psikologi’.
Ujian swab tersebut yang sebelum ini digunakan di daerah-daerah di China yang terjejas teruk, kini diperluas ke lapangan terbang termasuk di Beijing dan Shanghai.
Mungkin paling berkesan pada kanak-kanak
Seorang doktor pakar penyakit berjangkit dari hospital Youan Beijing, Li Tongzeng berkata kepada CCTV, jejak virus pada sapuan dubur dan sampel faecal tetap dapat dikesan untuk waktu yang lebih lama daripada sampel yang diambil dari saluran pernafasan.
Ujian swab itu dapat meningkatkan kadar pengesanan orang yang dijangkiti.
Penyelidik di Universiti Cina Hong Kong (CUHK) mengatakan ujian najis mungkin paling berkesan untuk mengenal pasti Covid-19 pada kanak-kanak.
Ujin swab melalui dubur wajib bagi sesiapa sahaja yang tiba di China, meskipun Jepun telah memberi amaran bahawa ujian tersebut telah menyebabkan penderitaan psikologi terhadap rakyatnya.
Sumber: Mirror