Pencinta Haiwan Marah Beruang Kutub Utara Jadi Tarikan Pengunjung Hotel
Sebuah hotel menjadi kontroversi setelah menjadikan dirinya sebagai “hotel beruang kutub” pertama di dunia telah dibuka di China yang menjanjikan pemandangan terhadap haiwan tersebut dari setiap bilik tidur sepanjang masa.
Sama ada ketika anda sedang makan, bermain atau tidur, beruang kutub akan menemani anda.
Harbin Polarland menawarkan 21 bilik tidur berharga dari RM1,200.00 hingga RM1,500.00 untuk satu malam.
The Polar Bear Hotel, sebahagian daripada taman tema Harbin Polarland di Heilongjiang membuka pintunya pada hari Jumaat namun menerima kritikan dari para ahli konservasi.
Sebuah video menunjukkan beruang yang disebut Don Quixote dan Hede, spesies yang terancam, dirakam oleh sekumpulan tetamu di bawah cahaya hangat yang keras, di ruang yang terdiri daripada batu dan ais palsu dan lantai yang dicat putih.
Bilik ditempah sepenuhnya sehingga bulan Mei
Jurucakap syarikat tersebut, Yang Liu berkata, kawasan tertutup hanyalah sebahagian dari kandang beruang, dan beruang itu dilepaskan di luar apabila suhu dan kualiti udara mengizinkan.
Yang Liu berkata ramai yang berminat untuk menginap di hotel tersebut sambil menambah ia telah ditempah sepenuhnya sepanjang tempoh percubaan sehingga bulan Mei.
Namun begitu, organisasi hak kehaiwanan telah memberi reaksi balas dengan kemarahan, mendesak para pelanggan untuk menjauhkan diri dari tempat-tempat yang menguntungkan ‘dari kesengsaraan binatang’.
Jason Baker , Naib Presiden Peta Asia menzahirkan pendapatnya.
Beruang kutub milik Kutub Utara, bukan di zoo atau kotak kaca di akuarium, dan tentu sekali bukan di hotel.
Co-CEO organisasi hidupan liar ACRES turut membantah aktiviti tersebut.
Sangat mengejutkan dan memilukan apabila melihat kandang seperti ini pada masa dan zaman ini, yang menempatkan beruang kutub di ruangan yang mengerikan semata-mata untuk hiburan.
Taman hiburan seni pertunjukan kutub pertama dunia
Harbin Polarland yang dibuka pada tahun 2005, menyebut dirinya sebagai taman hiburan seni pertunjukan kutub pertama di dunia.
Di samping beruang kutub, terdapat juga pertunjukan dengan singat laut, walrus dan anjing laut.
Penyelam juga mengambil bahagian dalam persembahan bawah laut dengan sinaran ais dan ikan paus beluga yang disimpan di dalam tangki.
Harbin, yang dikenali sebagai bandar ais China, terkenal dengan cuaca dingin yang sangat sejuk serta menjadi tuan rumah festival ais dan ukiran arca ais tahunan terbesar di dunia.
Sumber: Mirror