Topeng Muka Habis, Zirafah Pun Zirafahlah
Seorang wanita di Luzhou ditemui di sebuah hospital dengan memakai kostum zirafah ketika menemani bapanya yang sering mendapatkan rawatan selepas dia mendakwa kehabisan stok penutup mulut dan hidung.
Wanita yang dikenali sebagai He itu memaklumkan dia membeli kostum itu minggu lalu selepas usahanya mendapatkan topeng mulut menemui jalan buntu kerana permintaan yang tinggi.
Dia turut memakai kostum makhluk asing sekiranya kostum simpanan yang lain perlu dibasuh untuk memastikan kebersihan sentiasa terjamin.
Pakai kostum sejak topeng muka tidak dijual
Tindakan He yang memakai plastik dari kepala hingga kaki turut tular di laman sosial sebelum ini.
Sebagai seorang wanita yang mementingkan kesihatan, He turut menawarkan diri ke bandar bagi mendapatkan bekalan ubat, selain memujuk doktor untuk memberikan rundingan menerusi kamera web.
Saya sudah memakai kostum ini sejak topeng muka sudah tidak dijual.
Rakaman He memakai kostum menjadi tular dan menjadi jenaka netizen.
Sumber: Harian Metro, Daily Star