TikTok “Suicide Challenge” Akhirnya Membawa Maut
Seorang budak sekolah berusia 12 tahun yang ditemui mati di biliknya dipercayai telah mengambil bahagian dalam cabaran pelik membunuh diri di platform TikTok selepas dia beralih ke media sosial untuk mendapatkan sokongan semasa perintah berkurung.
Mayat Colbert Munoz ditemui oleh ayahnya, Luis Munoz dan ibu Katiuska Beltran, di bilik tidurnya di rumah mereka di Chile.
Set pemasa di skrin komputer
Pasangan tersebut mendapati komputer anaknya terpasang dengan pemasa di set di paparan skrin, menimbulkan kecurigaan di mana anaknya di bawah tekanan untuk menyelesaikan cabaran yang mengarut.
Mereka percaya anaknya telah dicabar untuk mengambil nyawanya sendiri.
Menurut pihak berkuasa tempatan, kematian tragis Colbert menunjukkan bunuh diri, tetapi hal tersebut masih belum dapat disahkan oleh penyiasat yang merancang untuk melihat melalui telefon budak lelaki itu.
Mula buat cabaran mengarut
Ibunya berkata, wabak pandemik koronavirus telah membuat kehidupan anaknya susah dan sangat tertekan, menyebabkan dia beralih ke rangkaian media sosial.
Anaknya telah hanyut dengan dunia dalam talian dan mula membuat cabaran berlandaskan kejahatan dan syaitan.
Ayah Colbert berkata, anaknya telah terlibat dengan aplikasi media sosial, terutamanya TikTok dan inginkan kemasyhuran.
Kepada semua ibu bapa, mari kita bimbangkan tentang anak-anak kita. Jangan biarkan anak-anak memiliki telefon bimbit di tangan supaya kita boleh santai dan bebaskan diri dari tanggungjawab.
Sumber: Daily Star