Bunuh, Masak Doktor, Jururawat Dihukum Mati
Seorang jururawat yang membunuh, memotong dan memasak rakan sekerja yang merupakan seorang doktor setelah dia memeras ugut untuk melakukan hubungan seks telah dijatuhkan hukuman mati.
Menurut laporan tempatan di China, jururawat di jabatan kecemasan tersebut, Li Fengping, terlibat dalam hubungan seksual dengan ketua ortopedik di hospitalnya, Luo Yuanjian.
Fengping dilaporkan menjadi sangat terhutang budi kepada rakannya kerana ketagihan judi, dan dia terpaksa melunaskan pemiutang dengan hubungan intim “kadang-kala tiga kali seminggu”.
Kejadian mengejutkan itu berlaku di rumah sewa jururawat di belakang Yulin People’s Hospital, selatan China Mac lalu.
Balas dendam kerana diperas ugut
Fengping membalas dendam atas tuduhan memeras ugut seksual dengan membunuh rakannya dan memasak sebahagian mayat, manakala sebahagian lain dibuang di tandas.
Rakaman gambar yang diambil oleh jiran-jiran yang tinggal di bangunan seberang Fengping menunjukkan pihak berkuasa tempatan meninggalkan rumah jururawat tersebut dengan membawa tandu yang ditutupi dengan sehelai kain, yang dilaporkan menutup tubuh doktor yang sudah dipotong.
Menurut akhbar nasional Sohu, dia telah dijatuhi hukuman mati kerana pembunuhan dengan sengaja.
Tidak ada tarikh yang disahkan bila hukuman mati tersebut akan dijatuhkan.
Sumber: Mirror