Tidak Malu Ada Ibu Jari Tambahan, Malah Bangga Dapat Menang Permainan Video
Seorang budak lelaki India yang dilahirkan dengan ibu jari tambahan di setiap tangan mengatakan bahawa dia bangga dengan keadaan dirinya yang jarang dijumpai.
Faizan Ahmad Najar mempunyai 12 jari tangan kerana dilahirkan dengan keadaan kongenital secara heksada, bererti enam digit, yang mempengaruhi sekitar satu dari 1,500 bayi.
Faizan dari Sheeri Baramulla, di wilayah Kashmir mengatakan ibu jari tambahan telah membantunya cemerlang dalam sukan kegemarannya kriket dan permainan video Clash Squad.
Ibu bapanya turut berbangga dengan Faizan dan mengatakan bahawa mereka menolak pembedahan ketika dia masih bayi.
Bercita-cita jadi seorang doktor
Antara permainan video di mana Faizan memanfaatkan kelebihan 12 jarinya ialah Clash Squad, di mana ia membantu dia memanjat pokok dengan lebih cepat daripada rakan-rakannya.
Bagi rakan-rakannya, dia dikenali sebagai ‘Krrish’, bintang siri filem superhero Bollywood yang terkenal.
Saya merasa bangga mengenainya. Tidak ada rasa malu – itu adalah kehendak Tuhan.
Kadang kala, tetapi bukan selalu, saya berfikir mengapa hanya saya? Tapi secara keseluruhannya, saya mempunyai beberapa kawan baik di sekolah yang membuatkan saya tidak merasa seperti disisihkan.
Keluarga Faizan juga bangga dengan keadaannya.
Saya ingin melihatnya pergi jauh dan cemerlang dalam hidupnya.
Faizan yang bercita-cita hendak menjadi seorang doktor, berhasrat untuk merawat pesakit yang dilahirkan sepertinya, supaya mereka tidak dibuli atau diejek kerana kekurangan yang dialami.
Sumber: Mirror