Sanggup Makan 30kg Limau Elak Bayar Lebihan Bagasi
Empat orang lelaki sanggup memakan 30kg buah limau dalam waktu kurang dari setengah jam untuk mengelakkan bayaran berat bagasi berlebihan atau terpaksa membuang buah tersebut.
Rakan sekerja itu telah membeli sebuah kotak besar buah limau semasa dalam perjalanan rasmi perniagaan di Kunming, China.
Ketika mereka cuba memeriksa berat beg untuk pulang ke rumah, pegawai di lapangan terbang mengatakan mereka perlu membayar tambahan bagasi sebanyak 300 yuan (RM190.00).
Harga yang dikenakan melebihi kemampuan mereka.
Oleh kerana tidak dapat membayar dan bersungguh-sungguh untuk memanfaatkan buah tersebut, mereka bersepakat memakan buah limau itu.
Alami ulser mulut
Empat sahabat tersebut memakan buah dengan tergesa-gesa dan berjaya menghabiskannya dalam masa kurang dari 30 minit.
Kami hanya berdiri di sana dan makan semuanya. Ia mengambil masa sekitar 20-30 minit.
Mereka mula menderita kerana mengalami ulser mulut selepas makan buah-buah itu.
Di platform media sosial China, ramai netizen yang kagum dengan tindakan mereka, sambil mentertawakan kebodohan mereka.
Tak boleh ke mereka bungkus limau ke dalam empat beg tangan dan bawanya masuk ke dalam kabin?
Sumber: Mirror