Nelayan Temui Mutiara Bernilai RM1.4 Juta Ketika Kutip Cengkerang
Seorang nelayan yang bergelut dengan kemiskinan telah mendapat keuntungan setelah menemui salah satu mutiara termahal di dunia di sebuah pantai.
Hatchai Niyomdecha, 37, membuat penemuan itu di wilayah Nakhon Si Thammarat, Thailand ketika dia mencari kerang tiram bersama keluarganya.
Dia menjumpai bola pelampung yang terbuang di pinggir pantai dengan tiga cengkerang cantik melekat padanya, lalu dia dan adiknya Worachat, 35, membawanya pulang.
Mereka memberikannya kepada ayah mereka Bangmad, 60, untuk dibersihkan dan pesara itu menemui mutiara oren.
Mimpi aneh beberapa hari sebelum
Hatchai memanggil isteri dan dua anak lelakinya untuk memeriksa permata tersebut dan memutuskan untuk memeriksa nilainya pada keesokan hari.
Ternyata mutiara Melo oren itu bernilai 10 juta baht (hampir RM 1.4 juta).
Beberapa hari sebelum menemui permata itu, Hatchai telah bermimpi aneh.
Seorang lelaki tua berkulit putih dengan kumis panjang memberitahu saya untuk datang ke pantai supaya saya dapat menerima hadiah.
Hatchai percaya bahawa lelaki tua itu boleh menjadi dewa yang ingin membantunya keluar dari kemiskinan.
Saya mahu menjual Mutiara denga harga tertinggi.
Pembeli dari China tawar harga 10 juta baht
Beberapa hari selepas penemuan itu, seorang peniaga kaya dari wilayah lain menawarkan untuk membeli mutiara itu dengan harga satu juta baht tetapi ditolak oleh keluarga Hatchai.
Seorang pengumpul barang mewah lain pula menawarkan lima juta baht namun ditolak sekali lagi kerana mereka percaya boleh menjual dengan harga yang jauh lebih tinggi.
Pembeli berpotensi yang ketiga dari China kini berunding untuk membelinya dengan harga 10 juta baht, seperti harga yang diharapkan oleh keluarga Hatchai, namun beliau ingin melihat sendiri adakah mutiara Melo itu asli.
Mutiara Melo oren biasanya dijumpai di Laut China Selatan dan Laut Andaman dan dihasilkan oleh siput laut pemangsa yang dipanggil Volutidae.
Sumber: Metro UK