Robot Ambil dan Hantar Pesanan Makanan
Sebuah restoran di United Kingdom berpotensi menjadi restoran pertama di UK yang dikendalikan sepenuhnya oleh robot untuk mengurangkan risiko penyebaran virus.
Pemilik Haizhonglao Hot Pot and BBQ Restaurant, di York, mendakwa “pelayan robot pintar” tersebut akan membawa makanan kepada pelanggan.
Mereka berkata restoran automatik adalah cara yang ideal untuk beroperasi semasa pandemik coronavirus.
Namun pihak polis telah mendesak Majlis Bandaraya York supaya menolak permohonan tersebut.
Perkhidmatan meja digital
Dalam satu kenyataan, pemilik restoran berkata ia akan menjadi sebuah restoran tanpa sentuhan yang dikendalikan oleh pelayan robot untuk mengurangkan risiko sentuhan manusia ke manusia kerana risiko penularan virus.
Kerana wabak Covid-19, industri katering terjejas teruk dan merosot.
Ketika pandemik terus meningkat, pemilik memperkenalkan sebuah restoran yang dikendalikan oleh robot yang membantu perniagaan untuk berjalan dengan lancar, lebih selamat dan lebih baik dalam operasi.
Idea restoran tanpa sentuhan membolehkan perkhidmatan meja digital dengan cara mudah, tanpa sentuhan dan lebih selamat untuk membuat pesanan makanan dan minuman.
Enggan keluarkan lesen pada awalnya
Majlis Bandaraya sebelum ini enggan mengeluarkan lesen selepas bermesyuarat November lalu.
Polis mengatakan kawasan tersebut sudah memiliki banyak pub, kelab, bar dan restoran yang menimbulkan masalah berkaitan jenayah dan gangguan.
Perbicaraan pelesenan akan diadakan pada Isnin hadapan untuk memutuskan permohonan tersebut.
Awal Disember lalu, dua buah restoran kelas atasan di London memperkenalkan pelayan robot untuk menghidangkan champagne kepada pengunjung.
Sumber: Daily Star