Ikon Koi Masak Sup
Seorang wanita telah mengejutkan pengguna Facebook baru-baru ini setelah dia berkongsi gambar ikan koi kesayangannya yang telah mati dimasak sup.
Wanita tersebut, Amanda Omeychua, memuatnaik pos di kumpulan masakan “Masak Apa Tak Jadi Hari Ni” pada 17 Januari dan menulis “Resipi turun temurun hidangan diraja, rasa ikan patin”.
Catatannya telah menjadi viral dengan mendapat lebih daripada 10 ribu reaksi, 4,500 komen dan telah dikongsi lebih dari 1,300 kali setakat ini.
Menurut Amanda, ikan-ikan koinya telah mati setelah pembantu rumahnya terlupa menghidupkan pam oksigen di dalam kolam ikan.
Daripada dibiarkan sia-sia, dia kemudiannya memutuskan untuk mengubah ikan berwarna-warni itu menjadi santapan makan malam.
Terlalu comel untuk dimakan
Sebilangan netizen tidak senang dengan hidangan dari Amanda itu dan mengatakan mereka tidak boleh menerima hakikat haiwan peliharaan dijadikan makanan.
Ikan itu terlalu comel untuk dimakan.
Ada juga yang terkejut dan tidak sangka ikan koi boleh dimakan.
Sebilangan rakyat Malaysia turut mengakui telah menikmati sup ikan koi di pelbagai restoran di Pulau Pinang, Sabah dan juga Sarawak.
Dalam salah satu komennya, Amanda meminta maaf kepada sesiapa yang mungkin merasa tidak senang atau tidak selesa dengan makanan yang dihasilkannya itu.
Sumber: Malay Mail, Facebook MATJHN