Projek Perumahan Hijau Kini Dihuni Nyamuk
Sebuah projek eksperimen perumahan hijau di kota besar China yang menjanjikan kehidupan yang mendamaikan gagal mencapai matlamat asalnya.
Kesemua 826 buah apartmen habis terjual pada April lalu, menurut ejen hartanah projek tersebut, namun khabarnya hanya segelintir keluarga yang berpindah ke Qiyi City Forest Garden.
Menyediakan taman peribadi di balkoni
Projek di bandar barat daya China itu dibina pada tahun 2018, menyediakan taman peribadi dengan pelbagai jenis tanaman di balkoni setiap unit dengan harapan ia menjadi sebuah tempat eko-syurga moden
Tanpa penyewa mahupun pemilik rumah untuk menjaga tumbuh-tumbuhan tersebut, kini menara-menara itu kelihatan seperti sebuah set filem epik yang sunyi, malah turut menjadi serangan nyamuk.
Didiami sekitar 10 buah keluarga
Hampir keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang terbiar tidak dijaga menutupi beberapa balkoni yang tidak berpenghuni dan dahan tergantung di atas pagar di seluruh menara.
Namun begitu, ada beberapa penduduk yang menetap di situ menjaga tumbuhan di balkoninya, malah meletak perabot di luar rumah untuk menikmati kehijauan dan pemandangan luar.
Menurut laporan akhbar Global Times, hanya sekitar 10 keluarga yang berpindah ke apartmen tersebut.
Sumber: Mail Online