Anjing ‘Menangis’ Dipaksa Makan Cili Pedas
Seekor anjing kelihatan menangis setelah pemiliknya memaksanya memakan semangkuk cili ayam dalam video yang disiarkan secara langsung.
Media sosial China telah mula merakamkan gelagat anjing peliharaan mereka makan berlebihan sebagai sebahagian daripada tren dalam talian terkini yang disebut ‘chibo’, yang bermaksud siaran makanan.
Padam video selepas teruk dikritik
Menurut laporan Daily Star, pada awalnya ia dimulakan dengan Vloggers yang merakam diri mereka makan sejumlah besar makanan, namun beberapa pengguna telah mengheret haiwan peliharaan mereka sekali ke dalam video.
Dalam satu video, pemilik anjing memberi makan kepada anjing jenis German Shepherd semangkuk ayam cili Sichuan, yang membuatkan anjingnya kebas dan mati rasa.
Baiklah, mari beri Shuaishuai yang kacak ini merasa Chongqing. Ini adalah hidangan ayam cili.
Anjing itu bagaimanapun kelihatan menangis dengan air matanya menitis di sudut matanya ketika dia menatap hidangan pedas itu.
Dia menikmatinya.
Namun pemilik anjing tersebut telah memadam video tersebut setelah menghadapi kritikan meluas dalam talian.
Ramai yang sahut cabaran mengarut ini
Sebuah video lain memaparkan seekor anjing husky dipaksa makan sebungkus gula-gula sambil tuannya memegang muncung anjing tersebut.
Beberapa pemilik anjing turut mengaku membuat cabaran yang tidak masuk akal terhadap anjing peliharaan masing-masing.
Sejak itu, pemilik anjing dikutuk kerana menyalahgunakan haiwan peliharaan mereka setelah video yang tidak berperikemanusiaan itu menjadi trend terbaru di media sosial China.
Penonton yang membantah tindakan tersebut meminta supaya orang ramai tidak menekan butang like pada video tersebut dan meminta untuk melaporkan sekiranya terjumpa video seperti itu.
Anjing itu jelas tidak menikmatinya, hentikan sekarang!
Anjing itu tidak dapat menahannya lagi, ia terlalu pedas untuk seekor anjing. Ini terlalu kejam untuk ditonton.
Sumber: Mirror