Bapa Lima Anak Perempuan Belah Perut Isteri Periksa Jantina Bayi
Seorang bapa kepada lima anak perempuan membelah perut isterinya yang sedang hamil dengan harapan dia dapat mengesahkan bahawa bayi dalam kandungan isterinya itu berjantina lelaki.
Menurut seorang pegawai kanan polis, lelaki dikenali sebagai Pannalal itu ditangkap berikutan serangan terhadap isterinya menyebabkan mangsa cedera parah.
Siasatan terhadap insiden yang berlaku pada hari Sabtu di perkampungan Nekpur, Uttar Pradesh utara India masih berterusan.
Polis dikatakan masih menentukan motif di sebalik jenayah yang dilakukan dan saat ini masih tidak dapat dipastikan apakah alatan yang digunakan untuk membelah perut mangsa.
Terdesak ingin anak lelaki
Ibu bapa kepada wanita mengandung itu mendakwa lelaki tersebut melakukan serangan berdarah kerana terdesak untuk memiliki cahayamata lelaki selepas mempunyai lima anak perempuan.
Mangsa yang berusia 35 tahun itu difahamkan sedang hamil tujuh bulan dan kini berada dalam keadaan kritikal di Hospital Bareilly.
Ahli keluarga dan jiran mangsa difahamkan telah membawa wanita itu ke hospital berdekatan sebelum dia dipindahkan.
Keadaan bayi pada waktu ini masih tidak dinyatakan.
Insiden yang berlaku ini dikatakan mencerminkan stigma yang berterusan terhadap bayi perempuan yang tidak disenangi di daerah tertentu di India.
Pada bulan Jun tahun lalu, seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditinggalkan di tong sampah menjadi viral selepas video tersebut dikongsi di Twitter.
Sumber: Mirror