Mengeluh Terlalu Panas, Wanita Keluar Berjalan di Sayap Kapal Terbang
Seorang ibu dua anak dari Ukraine yang baru pulang dari percutian di Turki bergegas turun dari pesawat setelah mendarat di Lapangan Terbang Boryspil di Kyiv.
Wanita tersebut menggunakan pintu kecemasan untuk melangkah keluar dari pesawat .
Penumpang yang terlalu panas itu dapat dilihat dalam rakaman video, di mana dia berdiri di sayap Boeing 737-86N, penerbangan dari Antalya.
Seorang penumpang berkata pesawat itu selamat mendarat dan hampir kesemua penumpang sudah turun.
Dia berjalan dari ekor pesawat ke barisan pintu kecemasan, buka pintu dan keluar. Pada masa itu kedua anaknya berada di luar pesawat dan berdiri di sebelah saya.
Mereka terkejut dan berkata, “Itu ibu kami”.
Juruterbang telah meminta bantuan ambulans, polis dan pengawal sempadan.
Dilarang menaiki pesawat syarikat penerbangan antarabangsa Ukraine
Wanita tersebut dengan selamat kembali ke dalam pesawat dan tidak dapat menjelaskan kepada polis terhadap tingkah lakunya yang luar biasa itu.
Menurut laporan, wanita itu memberitahu pihak berkuasa bahawa dia terlalu panas.
Ujian menunjukkan wanita tersebut tidak mabuk ataupun berada di bawah pengaruh dadah.
Lapangan Terbang Boryspil mengesahkan kejadian itu.
Wanita tersebut telah dilarang untuk terbang dengan syarikat penerbangan antarabangsa Ukraine lagi.
Sumber: Mirror