Robert Pattinson, Hero Batman Positif Covid-19
Hanya beberapa hari selepas penggambaran The Batman disambung semula di luar studio di London, penggambaran itu terpaksa diberhentikan setelah bintang utamanya, Robert Pattinson diuji positif koronavirus.
Dalam satu kenyataan pada hari Khamis, pihak Warner Bros mengesahkan bahawa penggambaran ditangguhkan sementara dan seorang dari produksi The Batman telah terbukti positif untuk Covid-19 dan diasingkan sesuai dengan protokol yang telah ditetapkan.
Warner Bros enggan beri komen
Pihak Warner Bros enggan memberi komen di luar kenyataan yang dikeluarkan.
Vanity Fair adalah yang pertama melaporkan berita tersebut pada hari Khamis.
Penggambaran The Batman sebelum ini ditangguhkan pada bulan Mac kerana penularan Covid-19.
Susulan itu, filem berkenaan dijadualkan ditayangkan pada Oktober 2021.
Berita tentang ujian positif Robert Pattinson tersebar sehari selepas Dwayne Johnson, pelakon dan bekas ahli gusti yang dikenali sebagai The Rock, mengumumkan di Instagram bahawa dia dan keluarganya baru-baru ini disahkan positif Covid-19.
Dwayne mengatakan mereka telah dijangkiti virus sekitar dua setengah minggu lalu dari rakan keluarga yang sangat rapat.
Sumber: The New York Times