Lukis Mata Di Belakang Lembu, Berjaya Kurangkan Serangan
Satu kajian mengesahkan bahawa dengan melukis mata di belakang lembu mampu membantu mengurangkan serangan pemangsa.
Kawanan lembu di wilayah delta Okavango di Botswana yang sering menjadi serangan singa dan pemangsa lain telah mendorong para penternak membalas dendam dengan membunuh pemangsa.
Teknik alternatif selain membunuh ialah dengan melukis mata dibelakang lembu untuk membuatkan penyerang seperti sedang diperhatikan oleh mangsa yang dihajati.
“Eye-Cow Project”
Projek tersebut diberi nama “Eye-Cow-Project” dan baru-baru ini ia diterbitkan dalam jurnal Communications Biology disertakan beberapa bukti yang menyokong aktiviti tersebut.
Kini terdapat panduan praktikal untuk menggunakan Teknik “eye-cow” dalam Bahasa Inggeris dan Setswana di mana para penternak dapat mencubanya sendiri.
Neil Jordan, seorang ahli biologi pemuliharaan di University of New South Wales, Australia, muncul dengan idea tersebut beberapa tahun lalu semasa melakukan kerja lapangan di Botswana.
Penternak tempatan telah membunuh sepasang singa betina sebagai pembalasan kerana membunuh ternakannya, dan Jordan ingin mencari alternatif lain tanpa perlu membunuh pemangsa.
Ini kerana populasi singa Afrika telah menurun dengan ketara lebih dari 100,000 pada tahun 1990-an menjadi antara 23,000 dan 39,000 pada tahun 2016 – kebanyakannya disebabkan oleh balasan pembunuhan.
Uji hipotesis dalam sepuluh minggu
Jordan tahu bahawa sayap rama-rama yang mempunyai corak seperti mata dapat menjauhkan mangsa dari burung. Dia juga mendapati bahawa pemotong kayu di hutan India diketahui memakai topeng di bahagian belakang kepala mereka untuk mencegah harimau memburu mangsa.
Dia memutuskan untuk menguji ‘hipotesis pengesanan’nya bahawa melukis mata di belakang lembu akan mencegah serangan dari pemangsa.
Botswana Predator Conservation Trust (BPCT) bersetuju untuk bekerjasama dengan Jordan dalam projek itu, bersama dengan penternak tempatan, untuk kajian selama sepuluh minggu.
Lembu yang dilukis mata terselamat
Jordan dan petani melukis sepertiga dari sekumpulan 62 ekor lembu dan mengambil perhatian ketika lembu kembali ke kandang setiap malam untuk melihat berapa banyak yang terselamat.
Hanya tiga ekor lembu yang terbunuh dalam tempoh tersebut, di mana tiada lukisan mata dibelakang mereka. Semua lembu yang dilukis mata terselamat.
Kajian selama empat tahun
Pasukan Jordan bekerjasama dengan penternak tempatan telah mengecat 2,061 lembu dengan menggunakan cat akrilik (hitam dan putih atau kuning) dalam kajian yang mereka lakukan selama empat tahun.
Kami berharap pendekatan sederhana, murah dan tiada pembunuhan kerana balas dendam ini dapat mengurangkan kos hidup bagi penternak yang menanggung beban itu.
Sumber: Ars Technica