Boleh Pakai Pelindung Muka Sahaja Untuk Murid Bawah 12 Tahun
Posted On August 25, 2020
0
1.0K Views
0 Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dibenarkan untuk hanya memakai pelindung muka ketika ke sekolah tanpa perlu memakai pelitup muka pakai buang, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata pada sidang akhbar perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen hari ini.
Keputusan itu dibuat semasa Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini dan dipersetujui Kementerian Kesihatan (KKM)
Beliau berkata, bagaimanapun penggunaan pelindung muka bersama pelitup muka adalah digalakkan. – Bernama
Sumber: Sinar Harian