Usain Bolt Positif Ujian Koronavirus
Bintang terkenal, Usain Bolt telah mengesahkan dirinya dikuarantin setelah dilaporkan positif koronavirus hanya beberapa hari selepas menghadiri jamuan yang turut dihadiri oleh bintang Manchester City, Raheem Sterling.
Bolt yang diiktiraf satu dunia sebagai pelari pecut terbaik sepanjang masa, telah menjayakan satu kejutan pesta ulang tahun ke 34 untuknya baru-baru ini di Jamaica.
Laporan Nationwide90fm, Bolt mengambil ujian koronavirus selepas pesta hari jadinya yang diadakan pada hari Jumaat.
Dan dikatakan bahawa pemain berusia 34 tahun itu memperoleh ujian positif pada hari Ahad.
‘Saya akan kuarantin diri sendiri’
Bolt turut berkongsi cerita di media sosialnya.
Selamat pagi semua, saya bangun dan seperti orang lain, tengok media sosial dan lihat media sosial mengatakan bahawa saya disahkan mempunyai Covid-19.
Saya akan kuarantin diri saya sendiri dan tunggu pengesahan untuk melihat apakah protokolnya dan bagaimana saya harus kuarantin sendiri.
Bolt yang diraikan pada majlis hari jadinya 21 Ogos lalu boleh dilihat di dalam video di mana berpuluh-puluh tetamu tidak memakai penutup muka mahupun membuat penjarakan sosial.
Sumber: Express, Twitter Usain Bolt