Kangaroo Sado, Macam Guna Steroid
Seorang wanita di Australia berjaya merakam seekor kangaroo berbadan sado di tepi jalan.
Kangaroo sado yang dinamakan Rodger itu dilihat di pinggir bandar yang tenang.
Dia kelihatan seperti mengambil steroid.
Kebanyakan kangaroo menuju ke pinggir bandar untuk mencari makanan dan air semasa kebakaran berlaku di habitat mereka.
Kellie terlihat kangaroo yang sado itu ketika dia menghadiri sebuah pesta keluarga di Ngunnawal, menurut laporan ABC.
Lepak di halaman rumah
Ketika Kellie Baker berkongsi gambar kangaroo yang banyak di Canberra, ia turut memberi inspirasi kepada warga Australia di daerah yang lain untuk berkongsi gambar penemuan mereka sendiri.
Seorang penduduk tempatan, Steph Burgess turut berkongsi seekor kangaroo jantan sedang melepak di halaman rumahnya.
Ia dipercayai mengembara ke kawasan pinggir bandar untuk mencari makanan atau air semasa kebakaran hutan berlaku tahun lalu.
Terdapat laporan mengatakan banyak kangaroo memakan rumput di halaman rumah orang ketika musim panas yang lalu.
Sumber: Mail Online