TikTok Selamatkan Nyawa Wanita Daripada Geng Jahat
Seorang wanita telah mengucapkan terima kasih kepada pengikut TikTok kerana menyelamatkan nyawanya setelah mereka mengenali simbol geng berbahaya yang tertulis di atas salji di luar rumahnya.
Jade Jules, 27, telah melihat simbol ‘1F’ yang ditulis di atas tong hitamnya ketika dia pergi untuk meletakkan sampah di luar di St John’s, Newfoundland, Kanada, pada 12 Januari lalu.
Dia kemudian memuat naik video yang dirakamnya dan bertanya pada orang lain jika mereka tahu apa maksudnya.
Jade kemudian merasa ketakutan setelah beberapa orang memaklumkan bahawa itu adalah simbol geng yang menunjukkan ada wanita bersendirian di dalam rumah.
Sasarah mudah untuk lakukan jenayah
Penandaan tersebut dilakukan untuk memberitahu orang lain bahawa dia adalah sasaran mudah untuk melakukan jenayah seperti rompakan, pemerdagangan seks atau rogol.
Jade kemudian menelefon polis dan pihak polis turut mengesahkan apa yang dikatakan oleh pengguna TikTok dan menasihatinya untuk tinggal di tempat lain jika boleh.
Jade mengambil keputusan pergi ke rumah ibunya.
Saya ketakutan, saya fikir seseorang melakukannya sebagai jenaka atau sesuatu, tetapi bila baca semua komen dan mesej yang masuk, ibu datang dan dapatkan saya. Saya kemas beberapa barang dan tidak pulang sejak itu.
Jade telah membeli kamera keselamatan ketika dia kembali ke rumahnya.
Saya sangat berterima kasih kepada semua orang yang memberi komen dan pesanan yang memberitahu saya agar tetap selamat dan berhati-hati serta tidak menyiarkan tempat saya. Pengikut saya benar-benar menyelamatkan saya.
Sumber: Metro UK