Guru Tadika Dihukum Mati Racuni Kanak-kanak Dengan Bubur
Seorang guru tadika telah dijatuhkan hukuman mati setelah meracuni 25 kanak-kanak dan menyebabkan kematian salah seorang dari mereka.
Menurut mahkamah di Jiaozuo, China, guru tadika tersebut, Wang Yun ditangkap selepas kanak-kanak tadika mulai muntah-muntah.
Wang Yun dikatakan memasukkan natrium nitrat ke dalam bubur kelas rakan sekerjanya selepas mereka bertengkar.
Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia selepas 10 bulan menderita di hospital, sementara yang lain mengalami kecederaan ringan.
Kejadian berlaku di timur bandar Jiaozuo, di mana polis mula bertindak ketika kanak-kanak tadika mulai muntah.
Balas dendam terhadap rakan sekerja
Guru tersebut tahu tindakannya itu boleh membawa maut namun dia mengatakan dia mengambi tindakan tersebut tanpa menghiraukan akibat yang akan ditanggungnya.
Pihak berkuasa tempatan mengatakan Wang telah meracuni kanak-kanak tersebut untuk membalas dendam terhadap rakan sekerjanya.
Kejadian berlaku pada 27 Mac tahun lalu, ketika Wang bertengkar dengan rakannya yang hanya dikenali sebagai Sun kerana masalah pengurusan pelajar.
Dan ini bukan kali pertama Wang bersalah dalam penggunaan racun.
Pada tahun 2017, Wang telah memasukkan natrium nitrat ke dalam cawan yang digunakan oleh suaminya setelah pasangan itu bertengkar dan hanya menyebabkan suaminya cedera ringan.
10 bulan di hospital
Dalam sebuah kenyataan, badan kehakiman mengatakan bahawa cara dan perlakuan jenayahnya sangat teruk, dengan keadaan yang sangat parah, guru tersebut harus dihukum berat sesuai dengan undang-undang.
Ramai ibu bapa kanak-kanak yang terbabit meluahkan perasaan mereka.
Anak saya mengatakan buburnya terasa pahit dan masin bila sepatutnya rasanya manis.
Ketika saya tiba di sekolah, anak perempuan saya sudah pengsan.
Kanak-kanak yang meninggal itu belum dikenal pasti, meninggal dunia pada bulan Januari tahun ini setelah 10 bulan terlantar di hospital.
Sumber: Mirror