‘Black Leopard’ Yang Jarang Kelihatan Ditemui di Taman Nasional India
Seekor harimau bintang berwarna hitam sempat dirakam di lensa kamera ketika haiwan itu sedang melintasi jalan untuk memburu rusa di sebuah taman negara.
Anurag Gawande kagum melihat haiwan pemangsa itu ketika ia muncul dari sebalik semak di Taman Nasional Tadoba, India.
Lelaki berusia 24 tahun itu menggambarkan pertemuan itu sangat ‘unik’ dan ianya seperti pepatah ‘bagaikan mencari sebatang jarum dalam tumpukan jerami’.
Boleh dijumpai di Asia Tenggara
Lapisan gelap haiwan tersebut disebabkan oleh melanisme, iaitu apabila pigmen hitam tambahan berkembang di kulit atau rambut kerana mutasi genetik yang resesif.
Hanya terdapat 2,000 ekor harimau bintang hitam di hutan liar dengan kebanyakannya boleh dijumpai di Asia Tenggara, di mana hutan tropika menawarkan banyak tempat yang berteduh.
Melanisme tersebut dikatakan dapat memberikan penyamaran tambahan dalam habitat haiwan tersebut yang memberi kelebihan kepada pemangsa ketika memburu.
Sumber: Mail Online