Bayi Perempuan Hadiah Terindah Fazura & Fattah Amin
Pelakon popular, Fazura selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur hari ini.
Suaminya, Fattah Amin berkongsi khabar gembira itu dan bersyukur bayi berada dalam keadaan sihat dan sempurna di Instagram miliknya.
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini. Cahaya mata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga.
Fattah turut memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi nama dan wajah anaknya buat masa ini.
Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW.
Terima kasih kami ucapkan buat anda semua yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan.
Fazura dan Fattah dipertemukan dalam drama bersiri, Hero Seorang Cinderella dan mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Sumber: Harian Metro, IG Fattah Amin