[Foto] Ibu Gubah Makanan Menyerupai Watak Filem & TV Kegemaran Anak-anak
Seorang ibu di Jepun telah mula menjadi terkenal di alam maya selepas gambar-gambar makanan yang disediakan untuk anak-anaknya yang cerewet dengan pemakanan menjadi viral.
Etoni Mama dari Tokyo telah mengumpul pengikut di Instagramnya lebih dari 150,000 orang.
Hidangan berjaya hiburkan anak-anak
Ibu kepada tiga orang itu mengamalkan seni Jepun yang disebut ‘kyaraben‘ yang merupakan gaya bento iaitu makanan yang disiapkan di rumah dengan susunan rapi.
Di gubah dari buah-buahan seperti kiwi, tembikai, oren dan juga telur, makanan yang dihidangkannya berjaya menghiburkan ketiga-tiga anaknya.
Anak kedua cerewet
Anak keduanya yang sebelum ini terlalu memilih untuk makan, kini tidak lagi menjadi satu masalah baginya.
Saya mula membuat makanan untuk menarik minat anak perempuan saya yang cerewet. Inspirasinya adalah melihat ramuan dan memikirkan watak.
Inspirasi dari watak kartun
Antara gubahan bentonya termasuklah kartun Winnie the Pooh yang diperbuat daripada buah limau, Mr. Potato Head dari animasi Toy Story’s, karakter Nemo dan macam-macam gubahan lagi.
Bagi anda yang mempunyai anak yang cerewet dengan pemakanan, mungkin anda boleh mendapat idea dan inspirasi dari ibu di Jepun ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Mail Online, Etoni Mama