Berus Gigi Dikeluarkan Dari Perut Kerana Tertelan Semasa Memberus
Sebatang berus gigi harus dikeluarkan dari perut seorang lelaki setelah dia menelannya semasa menggosok bahagian belakang kerongkongnya.
Doktor berjaya mengeluarkan berus sepanjang 19cm dalam masa 24 jam kerana bimbang jika dibiarkan lebih lama ia boleh membawa maut.
Pesakit berusia 39 tahun yang dirahsiakan namanya, menggosok gigi pada 15 September lalu ketika berus itu terlepas dari tangannya.
Dia bergegas ke klinik kesihatan berhampiran namun dia telah segera dirujuk ke hospital yang jaraknya lebih dari 100km.
Pembedahan hanya 30 minit
Ujian X-ray tidak dapat menemui berus tersebut menyebabkan doktor membuat kesimpulan bahawa berus itu kini berada dalam perutnya.
Pembedahan kecil diadakan tidak lama selepas itu dan berus gigi tersebut berjaya dikeluarkan.
Prosedur hanya memakan masa sekitar 30 minit.
Dr Bomni Tayeng, seorang pakar bedah kanan di Bakin Pertin General Hospital, Pradesh, India berkata pesakit tidak merasa sakit selepas tertelan berus gigi dan hanya mengalami sedikit ketidakselesaan di bahagian atas perutnya.
Keesokan harinya, pesakit sudah mula mengambil makanan dalam bentuk cecair dan mengalami proses pemulihan.
Lelaki tersebut dibenarkan keluar dari hospital pada 21 September.
Sumber: Metro UK