Amazon Keluarkan Topeng Halloween ‘Coronavirus’ Dari Jualan Atas Talian
Topeng Halloween yang direka agar kelihatan seperti virus Covid-19 telah ditarik balik dari penjualan setelah aduan dibuat menjelaskan tentang penyakit pembunuh itu.
Topeng tersebut yang berwarna hijau dan merah terang dengan wajah menyeringai, telah diiklankan di Amazon dengan harga £14.59 (RM79).
Topeng dibuat dari China
Topeng yang disenaraikan untuk jualan dari Guangdong, China dengan tajuk ‘Corona Halloween Mask’ dan ‘Corona Latex Horror Mask’.
Syarikat yang menjual topeng tersebut disenaraikan sebagai YTFU EU.
Rachel Power, Ketua Eksekutif Patients Association berkata pada The Sun;
Topeng ini menunjukkan penghakiman yang teruk oleh pengilang dan penjual, dan saya harap topeng itu akan dikeluarkan dari jualan dengan cepat.
Saya tidak sangsi bahawa sebilangan besar orang akan menganggap ianya sangat tidak menyenangkan, dan saya tidak dapat membayangkan ramai orang ingin memakainya.
Akaun mungkin dihapuskan jika ingkar
Pandemik koronavirus kini telah membunuh lebih dari satu juta orang di seluruh dunia, menyebabkan banyak negara terpaksa membuat perintah berkurung dan peraturan kuarantin diperketatkan.
Seorang jurucakap Amazon berkata;
Semua penjual mesti mematuhi garis panduan penjualan kami dan mereka yang mengingkarinya akan dikenakan tindakan termasuk kemungkinan akaun mereka dihapuskan.
Pihak Amazon telah mengeluarkan topeng tersebut dari jualan mereka.
Sumber: Metro UK