Babi Hutan Diberi Bantal Dan Selimut Setiap Malam Untuk Tidur
Kemunculan seekor babi hutan yang datang ke rumah Reno, 34, di Kampung Karang Waru, Sumatera Selatan pada 27 Ogos lalu telah menarik perhatiannya.
Saat Reno sedang mengambil air tidak jauh dari rumahnya, dia telah dihampiri babi tersebut.
Ketika Reno melangkah berjalan keluar dari hutan berdekatan rumahnya, babi tersebut terus datang dan berjalan perlahan mengikutinya dari belakang sebelum mengekorinya pulang ke rumah.
Babi itu sebenarnya sudah saya usir. Tapi tetap ikut saya. Biasanya babi takut sama manusia, tapi ini tidak.
Haiwan turut dipakaikan baju
Pada mulanya Reno tidak mengendahkan babi hutan berwarna hitam itu.
Namun apabila dia keluar semula dari rumah, Reno terkejut melihat babi itu masih tetap berada di hadapan pintu.
Kemunculan babi tersebut telah menjadi buah mulut penduduk dan ramai yang datang melihat babi hutan yang jinak itu dengan lebih dekat.
Haiwan tersebut turut dipakaikan baju.
Tidak akan tidur jika tiada bantal dan selimut
Kebiasaannya babi hutan itu tidak akan tidur jika tidak diberikan selimut dan bantal.
Kalau menjelang malam, saya bagi bantal dan selimut, baru dia mahu tidur.
Haiwan itu juga enggan makan tanpa nasi dan susu.
Babi hutan yang jinak itu kini menjadi tontonan penduduk kampung kerana ingin melihat tingkah laku anehnya dan kisahnya juga tular di laman sosial.
Sumber: IDN Times