‘Tikus Gergasi’ Keluar Selepas Hujan Lebat
Satu makhluk misteri ditarik keluar dari saluran pembentungan selepas berlakunya hujan lebat di kota Mexico.
‘Tikus gergasi’ itu adalah sebahagian daripada 22 tan sampah yang ditarik keluar dari sistem perparitan di bandar itu berikutan ribut dan hujan yang sangat lebat.
Ketika pertama kali pekerja pembersihan nampak tikus itu, mereka menyangka tikus tersebut berubah menjadi monster bersaiz dinosaur dan ia menakutkan mereka.
Nampak sangat realistik
Border Report mengatakan pekerja yang menemukan tikus gergasi itu sedang membersihkan 22 tan sampah dari sistem perparitan.
Namun tikus itu bukanlah haiwan hidup, ia sebenarnya hanyalah prop sempena sambutan Halloween.
Ramai yang ‘kagum’ dengan hasil kerja pembuatan tikus gergasi itu kerana ia sangat realistik.
Namun ada yang mengatakan, jika mereka melihat tikus gergasi itu di jalanan, mereka akan lari ketakutan.
Pemilik tikus sebenar, Evelin López berkata ciptaannya itu sebenarnya tersimpan di dalam sebuah gudang, namun telah dihanyutkan oleh ribut beberapa tahun yang lalu dan tiada siapa yang membantu mendapatkannya kembali.
López bagaimanapun masih belum memutuskan apa yang akan dilakukannya dengan tikus itu.
Sumber: Daily Star