Cecair Pembasmi Kuman Disangkakan Makanan Bayi
Seorang ibu telah memberi amaran kepada ibu bapa yang lain supaya berhati-hati dengan ‘paket cecair pembasmi kuman tangan yang comel’ kerana ia boleh disalah anggap sebagai makanan ringan.
Seorang kanak-kanak berusia 18 bulan dikejarkan ke hospital setelah termakan bahan tersebut yang disangkakan makanan bayi oleh neneknya.
Kanak-kanak itu mengalami reaksi setelah memakan produk tersebut dan dibawa ke hospital dalam keadaan kecemasan.
Ibu kanak-kanak lelaki tersebut, Nikki Teixeira, dari Manitoba, Kanada, telah memberi peringatan kepada ibu bapa yang lain agar tetap waspada jika ahli keluarga mengalami pengalaman mengerikan sepertinya.
Logan segera berubah menjadi merah dan mula batuk selepas menelan cecair pembasmi kuman Trolls.
Tukar pembungkusan elak kekeliruan
Menurut Nikki, dia membeli pembasmi tangan itu untuk anak tirinya yang berusia 7 tahun untuk dibawa ke sekolah.
Selepas Loga termakan sedikit, neneknya baru tersedar lantas meminta pertolongan dari jirannya.
Nikki telah berkongsi gambar paket Trolls World Tour di Facebook miliknya pada 25 Ogos lalu dan memberi amaran kepada ibu bapa agar tidak membeli produk tersebut.
Tolong jangan beli paket cecair pembasmi kuman yang comel ini dari WalMart yang boleh disalah anggap sebagai paket makanan.
Smart Care, syarikat yang bertanggungjawab mengeluarkan produk tersebut telah menarik semula produknya dari rak.
Oleh kerana keselamatan adalah keutamaan No. 1 kami, kami telah menukar pembungkusan ini kepada botol untuk menghilangkan salah tanggapan atau kebimbangan pengguna.
Sumber: Daily Star