Satu Keluarga Hanya Pakai Merah Dan Putih
Sevenraj selalu ingin menjadi berbeza, dan dia bertekad untuk menjadi “orang yang unik di dunia”.
Ketika berusia 18 tahun, dia bersumpah hanya akan memakai pakaian putih dan merah sehingga akhir hayatnya – dan obsesinya itu semakin bertambah.
Sevenraj, 58, dari Bengaluru di Karnataka, India, hanya memiliki barang berwarna merah dan putih dan memandu kereta berwarna merah dan putih juga.
Anak-anak turut memakai pakaian merah dan putih
Seluruh rumahnya turut mengikut skema warna, dipenuhi dengan meja kerusi merah dan putih, peralatan rumah, pinggan mangkuk malah ruang di dalam tandas juga.
Isterinya, Puspha turut menerima minat suaminya ketika menikah dengannya 25 tahun yang lalu.
Dua anak pasangan tersebut, anak lelaki Bharatraj dan anak perempuan Maneesha, juga memakai pakaian warna merah dan putih.
Saya selalu ingin menjadi unik dan hidup dengan warna-warna ini menjadikan saya orang yang unik di dunia.
Sevenraj yang merupakan peminat Gandhi, yang beridentitikan kain pelikat dan kaca mata, ingin menjadi seperti idolanya itu yang unik di dunia.
Pada mulanya, orang mentertawakan saya dan menganggap saya bodoh tetapi saya bersumpah saya akan memakai pakaian merah dan putih sehingga saya mati.
Nombor tujuh nombor bertuah
Sevenraj mempunyai lebih dari 30 helai tali leher, 15 jaket, 30 baju, 25 seluar semuanya berwarna merah dan putih.
Saya memakai baju baru setiap hari tetapi orang menganggap saya memakai pakaian yang sama.
Sevenraj yang dinamakan sempena nombor tujuh (Seven) oleh ayahnya kerana dia merupakan anak yang ketujuh, turut obses dengan angka itu.
Plat nombor keretanya mempunyai nombor tujuh, malah dia turut menyulam simbol mahkota dan nombor tujuh pada semua pakaian dan blazernya mempunyai tujuh butang dan tujuh poket.
Saya percaya nombor tujuh adalah bertuah bagi saya.
Peminat turut bagi hadiah merah dan putih
Dia bahkan boleh bercakap dalam tujuh bahasa termasuk bahasa Kannada, Inggeris, Hindi, Telugu, Tamil, Marathi dan bahasa ibunya sendiri Malayalam.
Sekarang ke mana pun kami pergi, orang mengenali kami. Mereka mengenali kami sebagai keluarga merah dan putih. Saya suka dengan semua perhatian itu. Saya berasa seperti seorang selebriti.
Orang ramai turut meminta untuk bergambar bersama ketika terjumpa, malah ada juga yang menghantar hadiah merah dan putih ke rumahnya.
Baru-baru ini, Sevenraj telah diberi penghormatan oleh World Book of Records kerana gaya hidupnya yang unik dan keperibadian flamboyant.
Hari ini, dunia bercakap tentang saya, dan saya bangga dengan itu.
Sumber: Mirror, India Times