Hanya Tahu Diri Hamil 30 Minit Sebelum Bersalin
Seorang ibu muda mengatakan bahawa dia hanya mengetahui dirinya hamil hanya 30 minit sebelum kelahiran bayinya.
Ally Opfer, 26, bersalin pada 21 Disember 2016 namun dia mengatakan dia “tidak bermimpi dia hamil” kerana mempunyai perut yang rata dan ujian kehamilannya turut menunjukkan negatif.
Ally yang berasal dari Cleveland, Amerika Syarikat, memberitahu Fabulous dia sedang bersiap-siap untuk pergi ke latihan sorak dan enggan mempercayai ada sesuatu yang tidak kena sehinggalah dia hampir tidak dapat berdiri 40 jam kemudian.
Saya tidak bermimpi saya hamil. Ya, kitaran haid saya tidak teratur, tetapi ia selalu seperti itu. Berat badan saya tidak bertambah, tak rasa letih atau rasa pergerakan yang ganjil.
Ally turut mengatakan perutnya kempis.
Perut saya rata. Tidak mungkin saya hamil.
Keajaiban Krismas buat Ally
Ibu bapa Ally mengajaknya ke hospital dan berjumpa dengan doktor setelah Ally merasa kesakitan.
Doktor mengesahkan dirinya hamil 38 minggu dan perlu bersalin secara pembedahan caesarean.
Ally yang betul-betul terkejut dengan berita itu namun berjaya melahirkan seorang bayi lelaki.
Oliver yang kini berusia 4 tahun merupakan keajaiban Krismas yang sebenarnya buat Ally.
Dia adalah hadiah Krismas terbaik buat saya.
Sumber: Daily Star