Hanya Kerana Cadangan Nama Tak Disokong, Rakan Karib Dipinggirkan
Seorang wanita yang merancang untuk menamakan bayi kembarnya sempena watak dalam filem Harry Potter telah dikecam.
Wanita itu yang dijangkakan bersalin pada musim bunga nanti telah memutuskan nama untuk anak-anaknya.
Setelah merahsiakannya sejak sekian lama, dia memutuskan untuk bertanya kepada teman karibnya, apa pendapatnya jika dia menamakan anak-anaknya Albus Tony dan Severus Callum.
Namun ketika dia tidak mendapat respon yang diinginkannya, dia menuduh temannya “merosakkan” saat istimewanya.
Rakan saya (mari kita panggil dia Nicola) ingin merahsiakan nama bayinya kerana semua orang sudah tahu jantina bayi tersebut dan dia dijangkakan akan menjalani pembedahan C-section, lalu dia menginginkan sedikit unsur kejutan.
Dia juga seorang peminat fanatik Harry Potter dan memberi isyarat akan ada kaitan dengan filem tersebut, jadi saya jangka pasti akan ada nama Harry Potter pada salah seorang bayinya nanti.
Terus abaikan rakan karib
Bagaimanapun, wanita tersebut yang begitu semangat menyimpan kemas nama anaknya untuk lebih lama telah menghubungi rakan baiknya dan bertanya jika dia ingin mengetahui nama-nama yang telah dipilihnya.
Saya: Ooh ya, saya ingin tahu!
Nicola: Albus Tony dan Severus Callum
Saya: (terdiam lama) wow!
Nicola: Terima kasih untuk itu, saya boleh simpulkan awak bencikannya. Terima kasih banyak kerana merosakkan saat ini untuk saya! (Letak gagang).
Rakan karibnya mengatakan dia merasa sedih kerana telah membuat rakannya marah.
Saya telah cuba untuk menghantar mesej dan menelefonnya untuk meminta maaf namun dia terus mengabaikan saya.
Terkilan dengan apa yang berlaku, wanita tersebut telah berkongsi apa yang dialaminya di Reddit, dan apa yang mengejutkan, warganet berpihak kepadanya.
Ibu bapa perlu berhenti memberi nama anak-anak mereka dengan nama yang tidak masuk akal. Albus Tony dan Severus Callum adalah nama yang tidak masuk akal, ia seperti dia mahu anak-anaknya dibuli.
Sumber: Mirror