Budak Hampir Mati Telan Magnet Untuk Eksperimen Diri
Seorang budak lelaki yang gilakan sains terpaksa menjalani pembedahan selama enam jam untuk menyelamatkan nyawanya setelah memakan puluhan magnet untuk melakukan eksperimen.
Rhiley Morrison, 12, menelan 54 bola magnetik untuk melihat adakah dia dapat melekatkan logam ke perutnya dan bagaimana rupanya ketika dia pergi ke tandas.
Rhiley telah menelan sekumpulan bola magnetik pada 1 Januari dan yang kedua pada 4 Januari.
Bila ia gagal melepasi sistem badannya, Rhiley mengejutkan ibunya Paige Ward, 30, pada jam 2 pagi dan memberitahu dia telah menelannya dua kali secara tidak sengaja.
X-ray mendedahkan terdapat lebih daripada itu dan kerana takut ia mampu membakar organ dalaman dan membunuhnya, dia dikejarkan ke dewan pembedahan.
Suka buat eksperimen sains
Rhiley, dari Prestwich, Greater Manchester, menghabiskan 10 hari tidak dapat bergerak tanpa muntah cairan hijau disebabkan kebocoran di perut dan dia harus diberi makan melalui tiub.
Rhiley sangat suka sains, dia suka melakukan eksperimen, dia akhirnya mengakui “Saya cuba melekatkan magnet pada saya, saya ingin melihat bagaimana barang-barang akan melekat di perut saya ketika magnet berada di dalamnya”.
Menurut Paige, ia satu tindakan yang bodoh, namun Rhiley seorang kanak-kanak dan itulah yang dilakukan oleh kanak-kanak.
Rhiley dibenarkan pulang ke rumah setelah lebih dari dua minggu berada di hospital.
Seorang jururawat memberitahu Paige dia sering berurusan dengan kanak-kanak seperti Rhiley yang selalu memakan magnet.
Paige kini telah membuang semua mainan yang bermagnet.
Sumber: Metro UK