Boneka Bayi Menakutkan Dijumpai Dipaku Pada Pokok Di Perkarangan Hospital Lama
Beberapa anak patung bayi yang menakutkan dengan beberapa biji mata yang hilang, telah dijumpai dipaku dan diikat pada pokok berhampiran dengan sebuah hospital lama.
Patung-patung itu tergantung bersama dengan papan Ouija yang ditinggalkan di perkarangan bekas Hospital Pencen Kementerian di Cannock Chase, Hednesford.
Seorang pejalan kaki yang tidak mahu dikenali, terjumpa kawasan itu lalu melakukan sedikit penyiasatan sebelum datang semula untuk melakukan ritual keagamaan.
Pakaian anak patung itu menjadi compang-camping dan berkarat, walaupun tidak pasti berapa lama ia sudah berada di situ, menurut laporan Black Country Live.
Hospital perang lama
Sejarah di tempat itu menunjukkan ia adalah sebuah hospital perang lama yang dibina di Brindley Heath, di mana anak patung itu ditemui.
Hospital itu telah ditutup pada akhir tahun 1920-an.
Kawasan itu kemudian dikenali sebagai Brindley Village dan turut mempunyai sekolah.
Perkampungan itu bertahan sehingga awal 1950-an sebelum penduduk dipindahkan ke taman perumahan yang baru di pinggir Hednesford.
Sumber: Mirror