Hannah Delisha Kini Milik Imam Shah
Pelakon Hannah Delisha selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Imam Shah di Singapura pada hari ini.
Hannah, 25, berkongsi detik istimewa itu menerusi hantaran di Instagram yang memaparkan gambar dia bersama Imam lengkap berbusana pengantin.
Akhirnya selepas lima tahun. Alhamdulillah. Saya cintakan awak.
Dalam pada itu, Imam Shah menerusi hantaran di Instagram juga mengucapkan syukur atas perkahwinan mereka.
Selalu bersama awak. Atas nama Yang Paling Pemurah, Paling Penyayang. Aku cintakan kamu Hannah.
Sementara itu, pengurus Hannah iaitu Dura ketika dihubungi Metro berkata, Hannah bakal memberikan kenyataan berhubung perkahwinan yang diumumkan hari ini itu dalam masa terdekat.
Insya Allah, kenyataan media Hannah akan keluarkan sendiri secepat mungkin.
Selamat melayari alam perkahwinan buat Hannah dan Imam Shah.
Sumber: Harian Metro, Instagram Hannah Delisha