Pasukan Pemusnah Bom Dipanggil, Rupa-rupanya Anak Kucing Dalam Beg
Sepasukan pemusnah bom yang telah dipanggil untuk menyiasat sebuah beg yang mencurigakan tiba di tempat kejadian dan mendapati beg tersebut rupa-rupanya hanyalah mengandungi enam ekor anak kucing yang baru lahir termasuk induknya.
Pegawai memeriksa beg yang mencurigakan itu tetapi melaporkan mereka tidak mendengar bunyi detik tetapi hanya bunyi dengkuran (purring) kedengaran.
Bungkusan beg diluar gereja
Perkhidmatan kecemasan dipanggil setelah bungkusan itu dilihat di sebuah gereja di New Miami, Ohio, Amerika Syarikat pada hari Jumaat, 19 Februari lalu.
Setelah membuka beg itu, mereka menemui anak kucing dan satu nota yang mengatakan ibu kucing yang dipanggil Sprinkles itu telah melalui proses kelahiran sehari sebelum.
Ditempatkan bersama keluarga angkat
Haiwan itu kini dibawa ke tempat perlindungan dan dikatakan telah ditempatkan bersama keluarga angkat untuk menjaganya.
Animal Friends Human Society berkata pihaknya akan terus memantau Sprinkles dan anak-anaknya selama dua bulan lagi dan memberi perkembangan tentang perkembangan mereka di Facebook.
Sumber: Daily Star