Wanita Dikecam Sangkut Bayi Di ‘Bar Stool’
Sepasang suami isteri telah dikecam kerana dilihat meletak bayi mereka di dalam ‘baby carrier’ dan kemudian menggantungnya di belakang sebuah bangku bar.
Wanita yang tidak dinamakan itu sedang menikmati minuman di bar dengan membelakangkan badannya dengan bayi tersebut.
Senario itu dirakam dan dikongsi di Reddit dengan ulasan tingkah laku “sampah” disiarkan dengan kapsyen; “Meletak bayinya di belakang kerusi”.
Walaupun tidak jelas sama ada keadaan itu benar atau bayi itu hanyalah sebuah boneka, orang masih mengecam tingkah laku wanita tersebut.
Ramai marah atas tindakan merbahaya itu
Ramai pengguna Reddit marah atas tindakan berbahaya itu.
Ia sepatutnya berada dalam pelukan seseorang, jadi saya rasa ia boleh terjatuh dari kerusi itu.
Ada juga warganet mengatakan dia sendiri tidak melakukan aksi sebegitu walaupun dengan beg tangannya sendiri.
Saya memperlakukan beg galas saya dengan lebih hormat.
Walaupun menerima banyak kecaman, namun ada juga yang melihatnya dari sudut positif.
Membawa bayi sepanjang hari memang memenatkan – dia akan baik-baik saja.
Namun begitu ada juga segelintir lain menegaskan bahawa bayi itu sebenarnya adalah anak patung dan bukan ‘bayi sebenar’.
Sumber: Daily Star