Tak Sanggup Pecahkan Tingkap Kereta Untuk Selamatkan Anak
Seorang bapa berusia 27 tahun telah didakwa setelah enggan memecahkan tingkap kereta barunya untuk menyelamatkan anak perempuan beliau yang berusia satu tahun.
Sidney Deal ditangkap pada hari Isnin di Las Vegas setelah menolak beberapa usaha untuk menyelamatkan anak perempuannya, Sayah dari kereta yang panas dia mana mangsa terperangkap di dalamnya selama kira-kira satu jam.
Sidney memberitahu pegawai polis di tempat kejadian bahawa dia tidak mahu memecahkan tingkap kereta Nissan Altima miliknya kerana ia boleh melibatkan kos yang tinggi.
Tak sengaja terkunci anak
Teman wanitanya turut menghubungi syarikat insurans yang menawarkan untuk menghantar trak penunda, tetapi Sidney menolak tawaran itu setelah tidak bersetuju dengan harga yang dikenakan.
Pegawai polis turut menawarkan untuk memanggil tukang kunci namun Sidney menggunakan kesempatan itu menelefon saudara lelakinya.
Menurut Sidney, dia secara tidak sengaja mengunci anaknya di dalam kereta setelah bertengkar dengan teman wanita. Katanya Sayah hanya tertidur dan penghawa dingin di dalam kenderaan masih hidup.
Ketika polis dapat mengeluarkan Sayah dari dalam kereta, dia sudah pun meninggal dunia.
Sidney ditahan di Pusat Tahanan Daerah Clark atas dakwaan penderaan bayi dan dia ditahan dengan jaminan $ 20,000 (RM83,050).
Sumber: Mail Online