Sudah Terlambat! Lelaki Cuba Pujuk Bekas Kekasih Batalkan Perkahwinan
Seperti babak di dalam filem. Itu gambaran kelakuan seorang penunggang motosikal yang dirakam cuba menghalang bekas teman wanitanya dalam perjalanan ke majlis perkahwinan.
Video itu berjaya dirakam orang ramai yang berada di lokasi berdekatan kota Medellin di Antioquia, Colombia.
Di dalam video berdurasi hampir satu minit itu penunggang motosikal itu dilihat memaksa kereta yang membawa pengantin wanita itu berhenti di tengah kesibukan jalan raya dalam perjalanan ke gereja.
Bekas kekasih melutut merayu tidak teruskan perkahwinan
Penunggang yang berpakaian hitam dengan topi keledar berwarna biru berjalan ke arah kenderaan pengantin perempuan dan membuka pintu kereta antik dan berlutut merayu agar dia tidak meneruskan upacara itu dan turut mencuba mencium pengantin seolah memohon maaf.
Pengantin wanita tersebut turut dilihat menggelengkan kepalanya seolah tidak percaya dengan apa yang berlaku.
Bagaimanapun media tempatan melaporkan usaha yang dilakukan itu tidak membuahkan hasil apabila dia ditinggalkan begitu sahaja dalam kesesakan itu.
Ramai pengguna media sosial mengkritik tindakan lelaki itu apabila ia ditularkan di media sosial.
Antaranya Rosibel Lopez Gomez berkata, dia kehilangan peluang ketika dia bersama dengannya.
Sekarang biarkan dia berkahwin dengan selamat.
Bagaimanapun pengantin perempuan mahupun penunggang itu tidak dikenal pasti.
Sumber: Sinar Harian, Daily Mail