Orang Awam Pengsan Di Sunway Pyramid Tiada Kaitan Dengan COVID-19
Tiga video yang menunjukkan beberapa individu pengsan di sebuah pusat membeli-belah tidak mempunyai kaitan dengan jangkitan COVID-19.
Perkara itu disahkan oleh pusat beli-belah Sunway Pyramid di laman Facebooknya yang turut memperincikan kes berkenaan.
Sunway Pyramid memaklumkan video yang menunjukkan seorang penghantar makanan GrabFood terbaring berhampiran premis itu adalah tidak benar untuk dikaitkan dengan COVID-19 dan lelaki berkenaan sudah dirawat di hospital.
Penghantar makanan itu dihantar ke hospital berdekatan oleh pihak keselamatan kami sendiri.
Video seorang wanita pengsan di dalam premis di Sunway Pyramid juga tiada kaitan COVID-19 dan beliau sudah sedarkan diri malah telah pulang ke rumah selepas dibantu pihak pengurusan kami.
Video wanita yang pengsan di berhampiran bahagian makanan dan minuman itu pula tidak berlaku di Sunway Pyramid.
Tidak sebarkan video
Beberapa video yang menunjukkan individu dipercayai pengunjung pusat membeli belah pengsan, tular sejak semalam dan didakwa mempunyai kaitan dengan COVID-19.
Dalam perkembangan itu, Sunway Pyramid turut meminta orang ramai tidak menyebarkan video berkenaan dan membuat spekulasi yang akan menimbulkan kegusaran ramai.
Sumber: BH Online, Facebook Sunway Pyramid